Sobahul khair....arju Allah ma'e fi haza toriq..ameen! Ape lah yg korang rase kalo korang tahu akan kebenaran? Yeah..di sebalik sesuatu itu wujud sesuatu nan hakiki,tak boleh ditarik,ditolak kerna faktanya sudah begitu. Aku rasakan perkara itu sekarang..Ermm,memang aku rase cam tak bape seronok bila menegetahuinya tapi ..Allahu a'lam. Biarlah kisah pagi ni jadi sejarah,rasanya tak perlu aku kongsikan ngan sesiapa.
Kini terkenang Creation..terkenang sahabat handai..teringat sahabat yang baru,aku sahabat masyarakat..segalanya demi orang lain,kerana orang lain..dan yang maha peliknya di mana pon aku berjalan,aku tetap sendiri. Hemm..aku betah,seronok berdamping dan didamping tapi faktanya ke manapon pergi aku jarang berdua dan bertiga apa lagi secara berjemaah. Ermm...ramai kata aku perianglah,friendlylah..dan ade juga yang kata aku sentimental, jiwang...suka sendiri..hehe!
Cakaplah apa yang korang nak cakap yang penting skang ni aku terlalu rindukan nikmat bersamaNya.
Sejujurnya aku terlalu rindu untuk berdamping denganNya. Kalau lah program dan kesibukan ini yg menghalang hubungan erat kami,aku tak kisah kalau meninggalkan itu semua,tapi tetap tersoal di benak "mampukah aku?'Bila-bila dalam sedih, aku begitu perlukan Dia..bagiku Dia teman sejati. Mana mungkin sahabat duniawi mampu menolongku sampai ke akhir hayat mereka..aku tak mahu menyusahkan. Tapi....aku telah pon menyusahkan Dia yang amat aku rindu. Betapa lama aku ingin mendamba cintaNya,bila sendiri dalam sakit dan perit..Dia muncul memberi harapan. Aku akan kuat semula..padaNya ada kekuatan membina. Sahabat duniawi ada masalah sendiri,dan perlukah aku membebankan mereka???
Aku menangis lagi..menangis dan menangis, maafkan aku kekasih! Ada rindu dan cinta yang Kau beri tapi jarang sekali aku hiraukan. Terfikir..mengapa tika buntu saja aku bersimpuh mengharap ihsanMu..dalam tawa galakku,aku pasti lupa,alpa,leka...kejamkan seorang aku??? Di bilah hari yang sendiri..aku berjalan,melihat dan mentafsir segala..parah yang aku cipta menjauhkan kita. Aku benar-benar rasa bersalah..Dia menghulur cinta setulusnya dan aku??? Kejamkan aku?
No comments:
Post a Comment